HUBUNGI KAMI:-

Kepada anda yang nak beli dan nak dapatkan
Proride Absorber atau barangan yang lain,
boleh lah call atau SMS saya ditalian 011-23228046 izmal ( AMPANG, WANGSA MAJU)
( JITRA,ALOR STAR KEDAH)
untuk tempahan.

Friday, 8 November 2013

Kenali Proride Shock Absorber

Apa itu Shock Absorber? 

Shock Absorber atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai Penyerap Hentakan. Ia merupakan komponen penting dan wajib bagi kenderaan untuk mengurangkan serta menyerap hentakan yang disebabkan oleh tenaga kinetik yang berlaku ketika pemanduan.

Fungsi Shock Absorber 

Masih ramai yang tidak tahu betapa pentingnya fungsi shock absorber ini di dalam sesuatu kenderaan. Antara fungsi asas Shock Absorberadalah seperti berikut :-

  • Menyerap hentakan dan getaran yang terjadi pada kenderaan – Tanpa shock absorber, kereta kita akan mengalami daya hayunan dan hentakan yang lebih tinggi.
  • Menstabil dan memudahkan pengendalian kenderaan –Mustahil untuk kenderaan mengambil selekoh dengan stabil tanpa shock absorber. Situasi ini tidak boleh dikawal tanpa kehadiran komponen shock absorber. Ini merupakan risiko berbahaya yang melibatkan nyawa pemilik kenderaan.
  • Meningkatkan keselesaan pemandu serta penumpang – kereta yang tidak mempunyai shock absorber mudah mengalami rasa tidak selesa ketika memandu, terutamanya ketika melalui jalan yang tidak rata.

Kriteria Menukar Shock Absorber Baru

Biasanya shock absorber akan memperlihatkan penurunan prestasi selepas jauh perjalanan kenderaan mencecah lebih 60,000 KM.

Sila pastikan terlebih dahulu jenis shock absorber kita sebelum melakukan penggantian. Terdapat 3 jenis shock absorber iaitu:

1) Gas shock absorber.
2) Oil shock absober.
3) Adjustable shock absorber.

Penting juga untuk memastikan kualiti apabila menggantikan shock absorber. Shock Absorber boleh anda perolehi di Kedai Spare Parts kereta atau Kedai Car Accessories. Namun untuk lebih mudah anda boleh mendapatkan terus dari kami Shock absorber yang anda perlukan untuk kereta anda. 

Kami adalah Authorized Dealer yang menjual dan memasarkan Shock Absorber dari jenama Proride. Harga yang kami tawarkan amatlah murah dan berkualiti jika nak dibandingkan dengan jenama yang lain.

Shock Absorber Proride amat sukar untuk anda perolehi di mana-mana kedai dan workshop. Namun begitu anda masih boleh meperolehinya terus dari kami.

1 comment: